
Nantikan drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan
menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Fendy Bakry, Eyra
Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati dan ramai lagi. Drama terbitan Global
Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton
mulai 9 April nanti di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.
SINOPSIS MR. GREY
Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang
mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu
Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham
Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi
kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya
yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa
Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan
kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?