Selasa, Februari 05, 2013

The Wedding Breaker



Menarik dan menjadikan diri yang membaca ketagih. Inilah dua rasa yang boleh digambarkan sepanjang pembacaan sebuah novel yang diberikan judul The Wedding Breaker. Novel terbitan Karyaseni ini menjadi bualan ramai di laman sosial Facebook. Pelbagai komentar diberikan. Majoritinya positif. Lalu, naskhah ini menjadi pilihan untuk bacaan. Hasil karya Evelyn Rose ini memang menarik. Ada kelainan dalam garapannya. Permulaan plot yang dramatik. Kemudian ketika melewati peleraian dan pengakhiran, seolah-olah beberapa muka surat hilang ditelan. Dan kelainan inilah mencetuskan pandangan yang pelbagai. Ada yang mengatakan plot cerita seolah-olah terganggu. Tetapi, bagi pandangan peribadi, kelainan seperti inilah yang dicari. Tidak perlu seseorang penulis untuk menceritakan segala-galanya dari mula hingga akhir dengan terperinci. Ada bahagiannya kalau dibiarkan terputus sebegitu, maka itu lebih menarik dan mencabar minda pembaca untuk membuat telahan sendiri.


Ariana Rose. Seorang gadis yang cantik berasal dari Kelantan. Merupakan graduan lulusan luar negara dan bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya. Dia agak berani. Berani mempamerkan tindak-tanduk dan berani melontarkan buah bicara. Maka, tidak hairanlah di seawal beberapa halaman novel ini, pembaca boleh menjamu mata dengan tindakan berani Ariana membuat onar di majlis perkahwinan keluarga kerabat. Drama yang dicetuskannya bukan drama biasa bahkan lebih menarik daripada sinetron yang sering ditayangkan di kaca televisyen dasawarsa. Ariana  Rose mengaku mengandungkan bayi angkara keterlanjurannya bersama pengantin lelaki. Perut yang sedikit memboyot menjadi saksi. Perangai liar pengantin lelaki dibuktikan dengan lebih terperinci lewat gambar-gambar yang merakamkan aksi pengantin lelaki bersama variasi perempuan yang berbeza. Apa lagi yang boleh berlaku selepas itu, jika bukan terbatalnya sebuah perkahwinan!


Itulah permulaan dan pertemuan secara nyata antara Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil. Pengantin lelaki yang dimalukan pada majlis perkahwinan itu, adalah Datuk muda yang berdarah kerabat diraja yang merupakan satu-satunya putera kepada Tan Sri Tengku Mukhriz dan Puan Sri Lisdania.  Tindakan mengejut Ariana Rose itu palsu semata-mata. Dan perbuatan nekad itu mengundang amarah yang bukan sedikit buat Tengku Adam Kamil. Ariana Rose dicari. Dipaksa ke suatu lokasi. Kemudian berlaku tikam lidah yang tiada henti. Tuduh-menuduh yang bertali. Sebelum berkesudahan dengan suatu tragedi. Ariana Rose dirogol! Dipaksa untuk bersetubuh tanpa kerelaan. Kemudian ditawarkan pula untuk menjadi perempuan simpanan. Tengku Adam Kamil tidak mungkin akan mengambil seorang gadis yang tidak setaraf sebagai pasangan hidupnya di alam perkahwinan. Itulah lontaran keramat dari bibir arjuna idaman Malaya kerana sangkanya Ariana Rose cuma bekerja sebagai kerani dan ayahnya membuka gerai jualan. Apakah Ariana Rose akan menerima tawaran itu? Adakah itu sahaja satu-satunya jalan yang ada untuk menutup noda hitam yang sudah tertanda pada dirinya?


Ariana Rose bukan selemah itu. Sama sekali dia tidak akan membiarkan tuju hidupnya bersandarkan pada noda dan dosa. Selepas peristiwa hitam itu, hidupnya agak hilang arah. Kemudian dia bangkit semerta. Segalanya setelah dia mula kenal tentang dunia amal. Ariana Rose mendekatkan diri kepada mereka yang kurang bernasib baik. Anak-anak kurang upaya menjadi sasaran. Ketidakupayaan mereka menjadi suatu kekuatan luar biasa untuk kebangkitannya menghadapi kehidupan mendatang. Percaturan hidup sekali lagi menemukannya dengan Tengku Adam Kamil. Sangkanya jejaka itu mula berubah dan menyedari kesilapan yang dilakukannya dahulu. Ariana menerima kehadiran Tengku Adam Kamil. Bukan sebagai pasangan asmara tetapi sekadar tuntutan kerjaya. Sayangnya segala andaian itu meleset. Langit bagaikan runtuh tatkala sekali lagi tubuh Ariana Rose menjadi sasaran Tengku Adam Kamil untuk melampiaskan nafsu buasnya! 


Novel ini mengangkat watak utama lelaki dari sisi negatif. Lelaki yang mengaku ada Tuhan. Lelaki yang namanya seperti seorang Islam. Tetapi perilakunya menyimpang jauh daripada syariat dan ajaran. Arak menjadi seperti air suam. Diteguk tanpa terkira gelennya. Perempuan sudah umpama baju. Ditukar ganti sewenangnya. Solat tidak pernah dikerjakan. Malah rukunnya juga telah lupus dari ingatan. Dan dia juga pernah merogol. Satu-satunya mangsa menjadi nafsunya secara paksa. Dan satu-satunya yang digauli oleh Tengku Adam Kamil dan usainya diketahui masih perawan segala. Dialah Ariana Rose... 


Memaparkan watak dalam aroma negatif tidak susah. Tetapi mengangkat sisi negatif sebagai watak utama kemudian mentransformasikannya menjadi positif bukanlah suatu tugas yang mudah. Garapannya perlu kemas. Aturannya harus molek. Kesinambungannya wajar dititikberatkan. Tidak mungkin seorang manusia sekelip mata menjadi baik tanpa ada satu faktor yang menekannya. Penulis perlu bijak menangani unsur logik seperti ini agar pembaca tidak mempersoalkan kerelevanan naskhah garapan. Dan sejujurnya, penulis The Wedding Breaker berjaya menyentuh kalbu pembaca dengan jalinan plot yang munasabah. 


Boleh jadi akan ada insan yang mempersoalkan, mengapa perlu perogol yang diangkat sebagai watak utama? Bagaimana seorang wanita yang telah diragut kesuciannya dengan begitu kejam boleh menerima lelaki itu kembali? Apakah kesakitan, trauma dan penderitaan boleh dilupakan sekelip mata dengan alasan cinta? Persoalan-persoalan ini hakikatnya tidak salah. Tetapi pada dasarnya, saya juga tidak punya jawapan yang kukuh sementelah bukan diri ini yang mengalaminya. Sebaliknya apa yang boleh dicerakinkan di sini adalah erti sebuah kemaafan. 


Pernah dengar bukan, sedang nabi ampunkan umat. Maaf itu bagi sesetengah orang sangat mudah untuk diucapkan dan ada pula sesetengah insan yang begitu mudah menerimanya. Di suatu sudut yang lain pula kemaafan itu begitu mahal harganya sama ada untuk dipohon atau diberikan. Segalanya bergantung kepada diri insani. Tetapi ketahuilah pembalasan dendam yang terindah adalah dengan memberikan sebuah kemaafan.


Menelusuri novel setebal 642 halaman ini, pembaca akan menemukan potongan terjemahan surah-surah tertentu yang terkandung dalam Al-Quran. Malah, ada juga diselitkan dengan hadis-hadis pilihan yang selari dengan plot cerita. Sangat bagus untuk menemukan makanan jiwa yang paling lazat seperti ini dalam sebuah pembacaan santai yang digelar picisan oleh sesetengah pihak. Pembaca akan berbicara dengan diri sendiri pada saat-saat mata melihat baris-baris keramat ini. Dan pembaca juga akan mengakui setiap kebenaran yang terkandung dalam terjemahan ayat-ayat Allah yang digunakan bagi mengindahkan penceritaan kisah Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil ini. Tuntasnya, kejahatan boleh disirnakan. Kejahilan bisa dihilangkan. Kegelapan tidak mustahil untuk dipadamkan. Tetapi segalanya hanya akan terjadi seandainya diri mencari kebenaran. Lalu kebenaran itulah yang akhirnya telah membawa kembali Tengku Adam Kamil Tengku Mukhriz kepada seorang gadis yang bernama Ariana Rose Hussein.





25 Komentar

Write Komentar
5/2/13 9:54 PTG delete

okey novel ni best...baru beli semalam..dan dah habis baca...best gilerr...bagi 5 bintang la...cukup isinya...tadi dah beli novel baru..dah baca novel "sandarkan padaku" ? ni pun boleh tahan jugak...best2..sweet... =)

Reply
avatar
eifa
AUTHOR
5/2/13 11:37 PTG delete

Assalamualaikum. buat hati tertarik utk memiliki novel ini. dok belek kat kedai buku, x beli jugak. lps nie nak p beli laa. cam menarik lps baca ulasan ni. tq.

Reply
avatar
cik siti
AUTHOR
6/2/13 8:16 PG delete

ulasan yg bgus..sya pon dh bca nvel ni,mmg best..btw admin punya pembendaharaan kata sgt bgus..ada bakat jadi pnulis.. ^_^

Reply
avatar
6/2/13 12:51 PTG delete

@cik kaki ketawe cepatnya baca..best kan? Sandarkan padaku takda pun dlm simpanan, so x baca lagi la..hihi

Reply
avatar
6/2/13 12:51 PTG delete

@eifa
Beli jgn x beli. Sure takkan menyesal!

Reply
avatar
6/2/13 12:52 PTG delete

@cik siti Tq. Harapan dan impian tu mmg ada utk jadi penulis. Cuma ruang, masa, kesempatan dan peluang yg akn tentukan. Doakan sama ;)

Reply
avatar
Evelyn Rose
AUTHOR
9/2/13 6:13 PG delete

terima kasih sudi buat review dan sudi baca novel TWB, tepat dan padat ulasan yg dibuat. :)

Thank you

Reply
avatar
Norana Said
AUTHOR
9/2/13 5:58 PTG delete

kita follow twb since 1st bab in blog... mmg novel yg lain drpd yg lain & kelahiran twb dlm versi cetak mmg di nnt thn 2012... ur review mmg tepat & padat.. pengumpul novel patut ada twb dlm simpanan.. penceritaan evelyn rose mmg memberi impak pd twb.. always luv u girl.

u dah baca projek memikat suami & kisah naz & khaalish tulisan hanina abdullah? teringin nak baca ur review pasal 2 novel tu.. itu pun novel2 yg superb.

Reply
avatar
9/2/13 7:07 PTG delete

@ash
Mmg best. Anda takkan menyesal kalau baca...

Reply
avatar
9/2/13 7:08 PTG delete

@Evelyn Rose Kasih diterima. N thanks kpd penulisnya sendiri utk cemar duli ke teratak ini :D

Reply
avatar
9/2/13 7:09 PTG delete

@Norana Said Thanks singgah dan baca review ni. PMS dah baca dan ada buat review, boleh tengok di sidebar kiri ada ruangan Novel Reviews, klik sana dan boleh cari tajuk Projek Memikat Suami tu. Yg karya kedua Hanina tu masih belum ada dan baca lagi...

Reply
avatar
Alya Natasha
AUTHOR
11/2/13 9:35 PG delete

best sangat novel ni.. :D

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23/2/13 7:13 PTG delete

Memang best novel ni.Ada cerpen khas untuk TWB ni dalam blog penulis.Baca la... menarik.
Suka nya ngan watak adam n ariana.
oops... gambar sape ya yang u tampel kat situ utk watak adam n ariana tu.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23/2/13 7:16 PTG delete

Memang best novel ni.Ada cerpen khas utk TWB dalam blog penulis.Bacalah... menarik.
P/s Gambar sape eh yang u post kat situ.

Reply
avatar
23/2/13 7:33 PTG delete

@Alya Natasha Memang best sangat kan? :)

Reply
avatar
23/2/13 7:34 PTG delete

@Tanpa Nama A'ah, ada cerpen since ramai yg rungut about sesetengah adegan kan? Dah baca di blog penulis...

Reply
avatar
23/2/13 7:36 PTG delete

@Tanpa Nama Yg lelaki hero dalam siri White Collar- Matt Bomer. Yg perempuan heroin popular Filipina, Kristin Hermosa.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
30/7/13 12:01 PG delete

kita pon ada kristine hermosa malaysia iaitu izara aishah! sesuai sangat :)

Reply
avatar
2/9/13 5:22 PTG delete

salam...
telah baca novel ini setelah membaca satu blog yang menyenaraikan novel TWB ini sebagai novel kedua paling top selepas SHN...
telah habis membaca pada hari kedua pembeliannya...
sangat-sangat menarik garapan dan olahan yang dibawa oleh penulis dengan menyelitkan potongan ayat Al-Quran dan hadith supaya pembaca juga boleh menilai diri...
dicadangkan engku muzaidin baca novel kedua dari Evelyn Rose... 13JAM A380

Reply
avatar
24/9/13 9:40 PTG delete

@Asmarani Hidayah Wslm, thanks atas saranan ya...

Reply
avatar
celoretcute
AUTHOR
1/11/13 9:16 PG delete

assalamualaikum..TWB mmg best..trus jtuh cinta dgn gy pnulisn E.Rose..A380 pn dh bli...tp rsnye TWB lg best..byk pngajaran..smlm tgrak ht nk tgk blog ni..wah byk ulsan yg leh djadikn pnduan utk mdptkn krya yg best dpsrn..trm ksh Engku..

Reply
avatar
10/12/13 12:52 PG delete

@celoretcute Terima kasih atas kunjungan ya. Sy hargai, smoga ulasan yg ada dlm blog ni dpt mbntu dlm membuat pilihan bhn bacaan ;)

Reply
avatar